web 2.0

Kembali menaip dengan berhati-hati…

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat sekelian. Alhamdulillah, kita bersua lagi setelah sekian lama aku tak update blog ni. Sedar tak sedar kita dah memasuki bulan Februari tahun 2010. Pantasnya masa berlalu. Sekian lama meninggalkan blog ni, kini aku kembali menaip. Rugi bayar webhosting mahal-mahal kalau tak nak update. Untuk posting pertama bagi tahun 2010 ni, aku pun tak tahu nak cerita apa.

Banyak sangat perkara yang berlaku, sampaikan aku sendiri dah lupa. Aku pun perasan blog sahabat-sahabat pun tak dikemaskini juga. Mungkin kesuntukan masa menghadp internet, mungkin tak ada apa-apa nak dikongsikan atau mungkin semangat berblog dah mula pudar. Kalau dulu, rakan-rakan radio amatur kebanyakannya mempunyai blog, berkongsi segala macam gambar aktiviti dan informasi tapi sekarang kebanyakannya sunyi. Adakah gara-gara penangan nukilan sial Aduka Taruna? Kelantangan dan kelancangan berbicara?

Terpulanglah kepada ijtihad masing-masing. Apa yang aku nak tekankan kat sini, kita boleh meluahkan isi hati, apa yang kita pendam, apa yang kita rasa selama ni. tapi berhati-hatilah menggunakan medium internet tanpa sempadan. Apa yang kita taip bukan sekadar kita dan jiran-jiran sebelah rumah yang baca, tapi berjuta-juta pengguna internet. Kes Aduka Taruna menghina Almarhum Sultan Iskandar sewajarnya menjadi peringatan buat kita yang bukanlah ditahap blogger tegar, semua benda nak cerita, semua benda nak komen.

Penggunaan kata-kata kesat, maki hamun tak mencerminkan kematangan tindakan dan fikiran. Tak dinafikan ada masa kita marah, kita suka, kita terasa hati tapi pilihlah jalan yang positif untuk mengawal emosi. Aku sendiri pun rasa marah bila Aduka Taruna tulis mampos, terlentang semua tu.  Tapi Aduka Taruna memang tak serik, Saidatina Aisyah, isteri Rasulullah yang digelar Ummul Mukminin dilabel ‘Si Bangang Tukil’, dah hilang akal apa Aduka Taruna ni agaknya…

Bagi aku, aku pun tak nak doakan dia dengan maki hamun apatah lagi sumpah seranah. Biarlah aku ambil cara baik doakan dia dapat petunjuk, agar tersedar dari tingkah laku, bicara tak educatednya itu…

Sahabat-sahabat yang membaca… tolong tegur dan ingatkan aku kalau ada perkara yang aku coretkan bertentangan dengan tuntutan syariat, menongkah fitrah, Sunnatullah… Hakikatnya aku tetap akan perli, kutuk, komen or apa-apa sahaja dengan niat menyindir dan memerli umat Muhammad agar kita semua yang lena dengan bisikan-bisikan manja menggoda ni tersentak dari lamunan kenikmatan dunia… Aku ingat tanggungjawab aku sebagai Khalifah Allah…

Peringatkan aku, sekiranya tindakan, bicara aku ada khilaf…

Lama Tak Update…

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua teman-teman… Mohon ampun dan maaf sebab lama tak update blog ni. Kemaskini terakhir pun cuma 3 minggu yang lepas, update Promosi Ramadhan One Drop Perfumes. Kalau ikutkan, banyak benda nak kongsi, tapi oleh kerana nak bagi ruang pada publisiti biz, dan kesibukan yang tak terhingga, terbiarlah blog ni…

Continue reading »

Promosi Ramadhan : One Drop Perfumes ~ RM 38 sahaja!

One Drop Perfumes

by

Egyptian Potion

Apa Lagi Yang Anda Cari Daripada Minyak Wangi Lain?

  • Hanya setitik badan wangi sepanjang hari
  • Pati minyak wangi tanpa campuran alkohol & air
  • Sesuai digunakan semasa solat
  • Diinspirasikan daripada jenama antarabangsa
  • 8 jenis wangian berlainan dalam setiap kotak
  • bauan yang dikenali ramai tanpa berbelanja ratusan ringgit Continue reading »

Ham Radio For Dummies

Ham Radio For Dummies

Download Ham Radio For Dummies (PDF)

5th Asia Pacific Region; Jamboree On The Air 2009

5thAPRJOTAwocall1 & 2 Ogos 2009

Stesen JOTA Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor

Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam

Callsign :

Pancing Undi?

capture0023
capture0024

UPDATE : My Contact Info

capture0022